Salam perkenalan kepada semua...merujuk perkara di atas, belajar terus belajar adalah cogankata di mana saya mula-mula disekolahkan pada usia 7 tahun. diusia yang sematang itu, Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat sebenarnya telah banyak menyisipkan memori suka dan duka di dalam benak fikiran..walaupun sebenarnya memori ketika bersekolah rendah dahulu begitu sedikit umpama sebutir pasir di lautan..hahahaha sekolah pula betul2 berada di depan rumah, tiada peluang untuk menaiki basikal ke sekolah seperti mana murid-murid lain. walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana hasil didikan guru serta ibu bapa, aku telah ditakdirkan untuk menjadi pendidik kepada insan kerdil yang begelar murid. Diusia yang semuda ini,cabaran mendidik anak-anak kecil terbukti begitu payah sekali bak mendaki gunung yang curam tanpa bantuan tali...Menceburi bidang pendidikan bukanlah satu tugas yang mudah seperti mana yang dilihat..bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Orang kata.."ala..jadi cikgu senang, jam 1 dah balik dah" Ya!! betul memang diakui, boleh balik awal...tapi hari sabtu kena datang gak..kalau ada camping, siapa yang kena jadi jaga??Nah..fikirlah sendiri..tetapi walaupun begitu guru merupakan profesion yang sangat mulia disisi agama Islam..kerana salah satu perkara yang akan kita bawa apabila kita mati nanti adalah "ILMU YANG BERMANAFAAT". Jadi sampaikanlah seberapa banyak ilmu yang anda ada untuk dimanfaatkan kepada orang lain demi kebaikan seluruh umat manusia samaada ketika hayatnya ada mahupun ketika di alam akhirat nanti..