Dengan berbelajakan lebih kurang rm100 saya telah membeli sebuah akuarium dilengkapi dengan penapis berserta ikan guppy yang comel. selain itu ianya turut dilengkapi dengan driftwood serta java moss di atasnya..bagaimana meletakkan java moss ini di atas driftwood??senang sahaja...alatan yang diperlukan adalah...

1) Driftwood (rm5.00)
2) java moss (rm5.00) dapat sket jer..mahal la java moss ni..
3) tali tangsi (tak ingat bape harge die)
4) gunting (boleh didapati didapur atau di dalam peti perkakasan anda...)

cara-caranya mudah sahaja...
letakkan java moss di atas permukaan drifwood, kemudian lilitkan tali tangsi di sepanjang drifwood berkenaan. kemudian gunting tali yang berlebihan..siap!!! mudah bukan...saksikan video ini..



ada 6 ekor ikan guppy, 1 hanging filter, 1 bio filter (di belakang drifwood span berwarna hitam), driftwood+java moss..

java moss ini boleh dijadikan tempat persembunyian bagi anak-anak ikan yang baru lahir. driftwood itu bukan sahaja bertindak sebagai hiasan di dalam akuarium anda tetapi ianya juga bertindak sebagai agen yang dapat menurunkan kadar pH air. driftwood ini juga akan menjadikan air di dalam akuarium anda berwarna sedikit keperangan.