"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia".

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

-Bujangsusah

Dalam perjalanan pulang daripada tempat pengawasan UPSR, saya melihat keadaan jerebu di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya semakin teruk. Sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pelajar2 yang mengambil UPSR tahun ini terutamanya pelajar SK Cyberjaya, semoga kalian mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang...ada lagu 2 hari yer anak2...banyak kan amalan mengingati Allah..

Meneruskan topik jerebu tadi, terus saya melayari laman sesawang DOF aka Jabatan Alam sekitar..didapati bahawa bacaan IPU pada setakat jam sebelah pagi untuk kebanayak bandar adalah sederhana...ade juga yang menghampiri tahap tidak sehat...dibawah ini ada saya lampirkan keratan bacaan IPU daripada DOF...

Sumber daripada jabatan alam sekitar

Setelah menunaikan solat Subuh saya menonton televisyen di ruang tamu....tergerak hati untuk memerhatikan pemandangan pagi dari beranda rumah yang tidak tanahnya dikongsi bersama ramai orang...melalui pengamatan saya keadaan Putrajaya pada ketika ini adalah berjerebu...tapi tak tahu la seteruk mane...setelah itu saya melayari laman sesawang jabatan alam sekitar didapati bahawa IPU bagi Putrajaya adalah baik....hmmmm...tak tahu la cmne pengiraan die...yang pasti keadaan di luar adalah berjerebu...ini disebabkan adanya titik panas di sekitar Sumatera Indonesia...dierg ni mmg tiap2 tahn menjadi penyebab utama jerebu bagi Malaysia...ntah ape yg dierg wat ntah...sila lihat pemandangan Putrajaya pada ketika ini...gambar ini diambil pada jam 11.30 pagi tadi...



Pada kebiasaannya pada ketika ini masjid Putra akan kelihatan jelas dari rumah saya...tapi hari ini ternyata jerebu menghalang penglihatan masjid tersebut.


Pada kebiasaanya, jambatan sembilu kasih begitu jelas daripada rumah saya...tetapi pada hari ini agak terhalang oleh jerebu...Di bawah ini pula adalah bacaan IPU yang diperoleh daripada DOF yang menunjukkan bacaan terkini pada hari ini iaitu Ahad 11 September 2011


KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.

Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu.-KOSMO-




Kemeriahan berhari raya dirasai bersama lebih-lebih lagi dengan kehadiran Alisha Amani (anak sulung kami) yang berumur 9 bulan dan keletahnya berjaya mencuit hati kami sekeluarga di padi hari raya...