Kepada muslimin dan muslimat di Malaysia saya mengucapkan selamat menyambut ramadan. semoga ramadan kali ini kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna serta mendapat keampunan Allah s.wt di dunia dan di akhirat..

alangkah terkejutnya apabila masuk ke dalam kelas darjah 3, keadaan bilik darjah tersebut agak berselerak...setelah mengarahkan murid membersih serta mengutip sampah yang bertaburan...terjumpa sekeping nota jualan hebat yang berbunyi "Diskaun yang Betul-betul yang Paling Betul". Ingin mengetahui diskaun apa...lihat nota tersebut di bawah ini...ahahahaha apakah yang anda faham tentang iklan ini???



Pesta bunga dan taman Putrajaya kembali lagi...dengan pelbagai acara menarik dan persembahan bunga api pada setiap malam bermula pada 9 Julai dan akan berakhir pada 17 Julai 2011 bakal menarik ramai lagi pengunjung ke pesta berkenaan...menurut laman web rasminya ----disini---- pada tahun lepas sahaja (2010) pesta berkenaan berjaya menarik pelawat seramai 600,000 daripada seluruh dunia. Dengan bertemakan "Mawar Untuk Selamanya" pesta flora kali ini dijangka dapat menarik pelawat seperti magnet lebih banyak lagi...Sebagai penduduk Putrajaya yang tinggal berhampiran dengan Persiaran Tasik Putrajaya didapati pada tiap2 malam berduyun-duyun kereta mengerumuni pesta berkenaan bagaikan semut datang ke gula...Pada tiap2 malam juga, kami sekeluarga dapat menikmati persembahan bunga api secara santai di koridor rumah sambil dilimpahi cahaya bulan Syaban menandakan semakin hampir bulan puasa (Ramadan). tetapi apa yang merisaukan pada waktu ini adalah kadar mengenai tahap kebersihan udara yang sangat membimbangkan...keadaan persekitaran yang berjerebu dapat menjejaskan kesihatan manusia teutamanya kanak2...oleh itu adalah di nasihat kan kepada orang ramai supaya memakai alat penutup hidung dan mulut...untuk keselamatan diri.....

Pergerakan baju kuning telah lama menular di sekolah-sekolah seluruh Malaysia..sebagaimana yang dilihat di dalam gambar, pergerakan baju kuning ini lengkap dengan eksesori untuk bertempur si medan perang...dengan baju yang begitu BERSIH version 2 yang telah di upgrade daripada baju versi tahun lepas menyerlahkan lagi keadaan. pergerakan ini sangat bersemangat untuk meneruskan perjalanannya menuju ke khemah agung mereka yang telah siap di bina pada hari sebelumnya oleh penganjur...




Para peserta menuju ke khemah agung yang telah disediakan oleh penganjur...


selain itu pergerakan baju merah juga tidak kurang hebatnya...sila lihat gambar....


bersebelahan dengan pergerakan baju kuning....pergerakan baju merah juga tidak kurang hebatnya...menyembah ke bawah duli dalam keadaan sebaris seperti patriot negara mereka,mereka nampaknya tidak mengendahkan sebarang provokasi daripada pergerakan baju kuning yang berada disebelahnya....mereka juga mempunyai khemah agungnya yang tersendiri...lihatlah khemah mereka begitu gagah umpama patriot yang sedang memperthankan rumahnya...ahahahha...