Pada 25 Februari yang lalu SK CYBERJAYA telah mengadakan sambutan maulidur rasul s.a.w bertempat di dewan terbuka SK CYBERJAYA. Terdapat pelbagai program yang telah di sediakan oleh guru-guru terutamanya guru J-QAF dan pendidikan Islam. Bagi memeriahkan lagi majlis sambutan tersebut satu perarakan raksasa diiringi selawat telah diadakan. Acara perarakan dihangatkan lagi dengan adanya pertandingan "barisan kelas mana yang paling tegak dan tersusun" yang telah diadili oleh puan Cikgu Beso, PK 1 kot... dan abang bos beso kite iaitu abe zam...eheheheh acara ini telah dimenangi dan diungguli oleh pasukan tahun 5...(klu x silap la..) jap2...pasukan yang pakai banner tempah tu dpt nombor baper yer?? selepas acara perarakan raksasa selesai, para pelajar telah dijamu dengan hidangan percuma yang sangat lazat sehingga kan ada yang mintak nak lagi satu...iaitu MEE HOON goreng...betul-betul HO LIAO!!!! Setelah kenyang dan ingin menambah satu bungkus mee hoon lagi tapi tak dibenarkan oleh cikgu...mereka seterusnya ke dewan terbuka bagi mendengar satu ceramah berkaitan maulidur rasul s.a.w oleh ustaz Anuar...boleh tahan la ceramah die...leh panggil lagi lepas nih...acara yang paling ditunggu-tunggu akhirnya muncul jua, iaitu persembahan nasyid daripada kumpulan yang tidak asing lagi di Cyberjaya iaitu soutul amal...(cikgu j-qaf tlg betulkan jika salah hehehe) setalah itu, persembahan digemparkan lagi dengan laungan deklamasi sajak oleh pelajar SK CYBERJAYA iaitu (rujuk gambar di bawah)...acara diteruskan lagi dengan pertandingan kuiz bagi menguji ketajaman minda pelajar-pelajar SK CYBERJAYA...kalau dengar ceramah tu betul2 dapat ler jawab...klu borak n wat bising, xdpt ler jawab...masa seperti pantas berlalu, loceng menandakan waktu balik telah berbunyi, pelajar SK CYBERJAYA begitu bertuah kerana mereka tidak balik dengan tangan kosong, mereka dibekalkan muffin seorang sebiji...jgn kate sebiji x cukup yer...bersyukur itu lebih banyak pahalanya daripada mengeluh tidak cukup...Alhamdulillah... saksikan rakaman peristiwa di bawah ini....klik pada gambar supaya lebih besar


















0 comments:

Post a Comment