Pesta bunga dan taman Putrajaya kembali lagi...dengan pelbagai acara menarik dan persembahan bunga api pada setiap malam bermula pada 9 Julai dan akan berakhir pada 17 Julai 2011 bakal menarik ramai lagi pengunjung ke pesta berkenaan...menurut laman web rasminya ----disini---- pada tahun lepas sahaja (2010) pesta berkenaan berjaya menarik pelawat seramai 600,000 daripada seluruh dunia. Dengan bertemakan "Mawar Untuk Selamanya" pesta flora kali ini dijangka dapat menarik pelawat seperti magnet lebih banyak lagi...Sebagai penduduk Putrajaya yang tinggal berhampiran dengan Persiaran Tasik Putrajaya didapati pada tiap2 malam berduyun-duyun kereta mengerumuni pesta berkenaan bagaikan semut datang ke gula...Pada tiap2 malam juga, kami sekeluarga dapat menikmati persembahan bunga api secara santai di koridor rumah sambil dilimpahi cahaya bulan Syaban menandakan semakin hampir bulan puasa (Ramadan). tetapi apa yang merisaukan pada waktu ini adalah kadar mengenai tahap kebersihan udara yang sangat membimbangkan...keadaan persekitaran yang berjerebu dapat menjejaskan kesihatan manusia teutamanya kanak2...oleh itu adalah di nasihat kan kepada orang ramai supaya memakai alat penutup hidung dan mulut...untuk keselamatan diri.....

0 comments:

Post a Comment